Bismillah Pictures, Images and Photos

11 June 2011

Syahadatul Haq



Apa khabar? Bagaimana dengan kesihatan kita? *summer yang menguji. +_______+* Oh! Bagaimana dengan iman kita hari ini? ;)


Okay, hari ni nak share video.




Description dari tukang upload video :-


Kesimpulan dari short film adalah :


  • Apakah peranan saksi?
  • What if saksi ambil tindakan untuk berdiam diri?
Analogi : Seperti short film di atas


Kalau saksi-saksi itu berdiam diri sahaja, siapakah yang menegakkan keadilan untuk si victim itu? Dan membiarkan sahaja si driver melepaskan diri. Kalau begitu, bukan SAKSI namanya.


Tanggungjawab saksi bukan hanya berpeluk tubuh akan tetapi berani bergerak ke hadapan untuk memberitahu manusia apa yang sebenarnya mereka saksikan.


Samalah dengan tanggungjawab KITA! Tanggungjawa apa? Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.


Wallahua'lam. "Agar dunia menjadi saksi, kelak tiada alasan diberi"


Sejauh mana kita membenarkan syhadah kita? Penyaksian tentang : 'Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah'. Adakah kita menyampaikan tentang Islam kepada mereka yang tidak tahu? Kepada mereka yang gersang dengan ilmu agama? Ya, kita juga cetek ilmunya. But, at least we try. Tak tengok ke kesungguhan Abu Bakar RA bila dia masuk Islam? Padahal, baru je masuk Islam. Tapi, terus ketuk pintu rumah orang. Sampaikan apa yang dia tahu. Kita yang sejak dari lahir beragama Islam, apa yang kita dah sampaikan? ;) Atau hanya Islam pada Sijil Kelahiran? :|


"...supaya Rasulullah menjadi saksi atas kamu, dan supaya kamu menjadi saksi kepada segenap ummat manusia..."
[alHajj : 78]


Rasulullah telah menjadi saksi ke atas kita. Dengan menyampaikan tentang Islam hingga ke akhir hayat baginda. Sekarang, kita menjadi saksi kepada segenap manusia, either Muslim or not. Menyampaikan tentang kebenaran dan kesempurnaan Islam.



"... Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan."
[alBaqarah : 140]

'Maksudnya kat sini, siapa yang tidak ajak kepada kebaikan, dia termasuk orang yang zalim' -ayat by Batu Suci-



"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat pertengahan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.."
[alBaqarah : 143]


Kenapa ummat pertengahan?



Apa maksudnya? Maksudnya adalah kita yang faham tentang Islam ni perlu berdakwah kepada seluruh manusia supaya esok bila di hadapan Allah kelak, manusia lain tiada hujah untuk mengatakan di hadapan Allah bahawa mereka melakukan kejahatan dan kezaliman di muka bumi ini disebabkan mereka tidak tahu. Seandainya mereka mengatakan demikian di hadapan Allah, kita ni semua akan memikul kesalahan mereka. Maka hendaklah kita menjalankan dakwah semampu yang boleh agar kita terlepas dari memikul kesalahan manusia lain.


Kalau kita tengok ayat ini, kita adalah umat pertengahan. Gambar ni menerangkan maksudnya.




Rasulullah SAW menjadi pertengahan di antara Allah dan kita. Rasulullah SAW menyampaikan segala amanah yang Allah berikan padanya kepada kita. Dan sekarang ni kita pula menjadi umat pertengahan di antara Allah dan Rasulullah dengan seluruh manusia lainnya. Kita kena sampaikan dakwah Islam yang kita warisi dari Rasulullah SAW agar manusia lain tidak akan memberikan alasan bahawa mereka tidak pernah diberitahu tentang Islam dan perkara ni. -written by Ummu Afeera-




"Agar dunia menjadi saksi, kelak tiada alasan diberi"

cik penulis : jelas ke tentang Syahadatul Haq ni? Mungkin boleh baca kat sini (PDF). (^_^) Mari kita membenarkan penyaksian tentang kebenaran. ;)

saat bicara menjadi tulisan
setiap tinta menjadi bacaan
maka, saksi adalah amalan
...wasalam...

may Allah bless you, chingu! ♥

1 comment:

Anonymous said...

lebih memahami erti 'Syahadatul Haq'. Syukran ya Ukhti.